Perkara ni musti ada bermain di kepala korang kan?
Poning kepalo den memikirkan sama ada nak ke Jakarta atau ke Bandung?
Tetapi setelah menjejakkan kaki ke Jakarta & jenjalan 3 hari 2 malam ni di sana barulah den tau yg mano satu pilihan hati.
Bagi den Jakarta lebih mantop. Sobab apo den kato camtu?
1. Thamrin City dgn Tanah Abang lebih besar dari Pasar baru, lebih banyak pilihan dan lebih banyak kedai.
2. Dan yang paling penting harga barang di Thamrin & T. Abang lebih MURAH dari barang di Pasar Baru Bandung. Sobab apo jadi camtu? sobab bandung dah jadi port untuk geng2 Msia shoping, kalau poie bandung ni dah macam poie KL, jalan sanun jumpo org N9, jalan sinun jumpo org Johor, jalan sinin jumpo org Kodah, di mana2 ada org Msia. diorg apa lagik, kasik up la harga semua barang kt Bandung. Beza dengan Jakarta yg geng2 Msia tak ramai sgt shoping sini, so harga barang2 kt sini still murah lagik.
THAMRIN CITY
Bagi den kalau korang pilih nak poie Jakarta, Elok lah Shoping kt Thamrin City sebab Thamrin City memang terbaik, tak poning kepalo, takda org yg cucuk bontot kita (follow kita), takda org mintak sedekah, aircond sejuk, kedai banyak, pilihan banyak, orang tak ramai & tak sesak langsung macam pasar baru, harga pon boleh tahan la murahnya, contoh, harga jubah kt Thamrin City baru Rp 90.000 (Rm 28-30), blouse Rp 45.000 (Rm15) kalau kt Msia tak dapek la hargo camtu.
Ramai org takut nak ke Jakarta sebab kemacetannya yang terkenal di serata dunia. tapi tahukah anda camno nak shoping dengan bebas tanpa terlibat dengan macet yg sentiasa mengganas ni kota jakarta? kalau den sonang jo, duduk kt hotel amaris thamrin yg terletak di Thamrin City.
Abis check in, terus turun bawah menuju ke shoping complex Thamrin City & menyoping sampai kehabisan rupiah tanpa perlu terlibat dengan macet yg melanda di luar Thamrin City. Agak2 bila dah sakit pinggang, naik bilik dulu, suruh laki @ bini massage, pastu turun bawah semula bagi meneruskan perjuangan untuk mengabiskan rupiah di poket. Kalau lapar, boleh mamam di restoran2 yg sememangnya banyak di dalam Thamrin City ni, antara restoren pebret den adalah restoran seafood D'COST (mutu bintang lima harga kaki lima).
Kalau korang dah boring shoping kt Thamrin City, boleh terus ke Tanah Abang yg terletak di seberang jalan Thamrin City. Tanah Abang pon memang mantop, luas dan teratur, kedai banyak, barang banyak pilihan, harga murah (lebih kurang Thamrin City).
Masalah Tanah Abang ni satu je, Tanah Abang ni sentiasa sesak dengan manusia. Cuma kalau diberi pilihan, den lebih berminat shoping kt Thamrin City sebab orang tak ramai. Tapi kalau tak singgah Tanah Abang macam tak lengkap lak percutian korang ke Jakarta. So, Sesak- sesak pon redah la jugak.
Kalau berdua boleh naik ojek dgn harga semurah Rp10.000 - 15.000 (tanya dulu harga), kalau lebih 3 org boleh la naik teksi blue bird yang memang terkenal dengan keluhuran & ketelusan serta kejujuran mereka kerana menggunakan meter. Tapi hati-hati, jangan tersilap naik teksi, pastikan betul-betul teksi blue bird yang menggunakan logo seperti di bawah.
OJEK
TEKSI BLUE BIRD
ni dia logo blue bird
So, camno? apa pilihan korang? den memang dah jatuh cinta dengan Jakarta yg bagi den memang berbaloi kalau korang pandai mengatur itinerary korang. Ok la, setakat ni ajolah, nanti den sambung dengan cerita pengalaman den & isteri tercinta jenjalan kat jakarta.Assalamualaikum...........




Assalamualaikum dan salam sejahterasemua....
ReplyDeleteJom ramai-ramai jalan-jalan & shoping di Kota Bandung Indonesia
Pakage untuk 6 orang keatas
Utk Harga Pakage Bandung City Tour 3 hari 2 malam utk 6 org keatas
Pakage : Transport (Apv Suzuki) & Hotel 2 star + Sarapan Pagi (Hyper InnHotel)
RM180 / seorang
1 day : Bandung City Tour (Shooping)
2 day : Bandung City - Tangkuban Perahu Tour @ Kawah Putih Tour - Bandung City Tour (Shooping)
3 day : Bandung City Tour (Shooping
Untuk Harga Pakage Bandung City Tour 4 hari 3 malam utk 6 org keatas
Pakage : Transport (Apv Suzuki) & Hotel 2 star + Sarapan Pagi (Hyper InnHotel)
RM220 / seorang
1 day : Bandung City Tour (Shoping)
2 day : Bandung City Tour - Tangkuban Perahu Tour @ Kawah Putih Tour - Bandung City Tour (Shooping)
3 day : Bandung City Tour (Shooping)
4 day : Bandung City Tour (Shooping)
** Jika mahu ke Trans Studio Bandung juga boleh
Program Free & Easy
Kunjungi web kami
Www.tourmalaysiabandung.com
Www.baladewatour.com
W.a. +6282216910022
+6281251200062
Lider Agus Priyo Utomo
Perkongsian yang sangat menarik dan bermanfaat...
ReplyDelete